Monday 12 September 2011

Hari Pertama Bengkel

Sesi 1 (8.30-10.30 pagi)

Sesi ice breaking bersama En.Z (Zakaria Deraman). Diatas sekeping kertas kami diminta menulis butiran seperti:

  • Nama
  • Jabatan
  • Tempoh Perkhidmatan
  • Jawatan
  • Hobi
  • Kekuatan Diri
Sesi 2 (11.00pagi-12.30 tengahari)

Kami diminta menjawab beberapa soalan berkaitan dengan data, maklumat, pengetahuan dan pengurusan pengetahuan. En.Z tururt berkongsi pengetahuan beliau mengenai pengurusan pengetahuan. Apa yang menarik, En.Z turut meminta kami membuat origami burung jenjang. Walaupun nampak mudah, tidak seorang pun diantara kami dapat menyiapkan origami dalam masa 5 minit yang diberikan. 

Diakhir sesi kami diberikan objektif sebenar aktiviti ini dimana adalah sukar untuk menukar pengetahuan tacit kepada pengetahuan explicit. Untuk maklumat lanjut berkenaan pengetahuan tacit dan explicit, sila klik pada link berikut http://km4latihanict.blogspot.com/2010/06/dpa-pengurusan-maklumat.html

Sesi 3 (2.30 petang-4.30 petang)


Sesi pembelajaran diteruskan dengan Pengenalan Blog. Menurut Puan N (Nurzaini binti Muhammad Zain), blog merupakan salah satu alat yang boleh digunakan di dalam perkogsian pengetahuan. Maka disinilah bermulanya perjalanan Blog Phoenixintan. Bagi mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk membangunkan blog sila layari blog Bengkel KM di link berikut http://km4latihanict.blogspot.com/2011/03/km-pengenalan-blog.html

No comments:

Post a Comment